NAMA
NOOR AIDA BINTI ABU BAKAR
TUGAS UTAMA
- Menyenggara peralatan ICT, aplikasi pengkomputeran dan sistem pengoperasian yang dibekalkan oleh KPM/BTP/BTPN/ serta memeriksa dan menyenggara kelengkapan ICT yang rosak iaitu perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT
- Membantu, memantau dan menyelia rangkaian LAN dan WAN serta mengkonfigurasi Server, Firewall, Proxy, DNS dan lain-lain bagi rangkaian SchoolNet, EGNet, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya.
- Membantu Pegawai Teknologi Pendidikan dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP-Address, Gateway, Modem dan sebagainya.
- Menerima aduan kerosakan dan mengambil tindakan awal ke atas sebarang kerosakan (1st Level Support).
- Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
- Membantu menyediakan keperluan perolehan dan pelupusan ICT untuk pengurusan Pusat Kegiatan Guru.
- Memastikan operasi peralatan ICT dan sistem maklumat di PKG mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/ BTP/ BTPN serta MAMPU.
- Memastikan kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan projek-projek ICT di PKG dan sekolah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak.
- Melaksanakan tugas-tugas Penyenggaraan Pencegahan (PM) Peralatan ICT yang ada di PKG secara berkala dan Penyenggaraan Pembetulan (CM) bagi peralatan ICT yang rosak.
- Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan ICT seperti diarahkan dari semasa ke semasa.
0 comments:
Post a Comment
Sila hantarkan komen anda disini... Pastikan anda menjadi Ahli Kami dahulu untuk tujuan ini...
Note: only a member of this blog may post a comment.