Showing posts with label pssgpm. Show all posts
Showing posts with label pssgpm. Show all posts

PEMANTAU PKG KE SEKOLAH

PEMANTAUAN PKG KE SEKOLAH 2015

Pemantauan PKG ke sekolah telah bermula pada akhir bulan Mac dan dijangka berakhir pada bulan Mei ini. Diharap semua sekolah ahli PKG Langkap bersedia dengan menyediakan dokumen - dokumen yang diperlukan.

Terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberi kerjasama yang baik semasa pemantauan dilaksanakan.


Perjalanan sepanjang kursus penjilidan siri 1

Gambar siri 1
 






Posted using BlogPress from my iPad

PERANAN GURU PENYELARAS MEDIA

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS BESTARI (GPB)

Peringkat : Sekolah Menengah dan Rendah

Jawatan : Guru Penyelaras Bestari (GPB)

Waktu bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu  bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi persekolahan.

1. Pengajaran dan Pembelajaran

1.1 Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
1.2 Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengajaran  dan pembelajaran berbantukan ICT di sekolah.

2. Pengurusan ICT Sekolah

2.1 Merancang dan menyelaras program bimbingan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dengan kerjasama Guru Cemerlang di sekolah.
2.2 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran untuk menyelaras pembekalan perisian-perisian aplikasi pendidikan di sekolah berdasarkan keperluan bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.4 Mengurus dan menyelaras dan menyediakan akaun pengguna emel bagi warga sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran sekolah.
2.5 Merancang, menyelaras dan mengurus dan menjadualkan penyelenggaraan (corrective dan preventive) kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi pendidikan oleh Juruteknik Komputer serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul dari semasa ke semasa
2.6 Mengurus, memantau dan melaksana program bagi mempromosi penyaluran maklumat berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data yang berkaitan dengan teknologi di
sekolah.

3. Khidmat Bantu Kepakaran ICT Sekolah

3.1 Pentadbir, Guru dan Staf
3.1.1 Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna bagi guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam mengintegrasi ICT dalam P&P
3.1.2 Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna bagi staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
3.1.3 Merancang dan menyediakan khidmat bantu di sekolah sebagai pakar rujuk berkaitan teknologi pendidikan.untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran.
3.1.4 Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan dan bimbingan untuk guru meningkatkan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran murid dengan mengintegrasikan ICT
melalui pengajaran dan pembelajaran.
3.1.5 Membantu guru dalam pembangunan objek pembelajaran serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pelbagai platform, seperti laman web, pangkalan data, aplikasi interaktif, blog, wiki, laman perkongsian video dan lain-lain untuk membantu guru mengintegrasi ICT dalam P&P
3.1.6 Menjadi pakar rujuk dalam pembangunan bahan P&P berasaskan ICT dan memberi khidmat kepakaran dalam mengaplikasi penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk proses P&P bagi mata pelajaran tertentu.
3.1.7 Mengurus dan melestarikan kolaborasi di antara murid dan guru di dalam program pengantarabangsaan sekolah melibatkan P&P.

3.2 Murid
3.2.1 Merancang dan menyediakan program yang sesuai bagi mengalakkan murid untuk membaca, melihat, mendengar dan bertindak balas dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan melalui ICT.
3.2.2 Merancang, memantau dan melaksana program bagi mendidik dan membimbing murid mengenai integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data dalam penggunaan ICT di sekolah.
3.2.3 Merancang, memantau dan melaksana program bagi melatih kemahiran ICT tambahan kepada murid Briged Bestari secara berterusan.
3.2.3 Merancang, memantau dan melaksana program bagi memupuk kemahiran pembelajaran abad ke-21 supaya murid dapat membina kemahiran, ilmu dan sahsiah yang positif ke arah penggunaan teknologi dalam pembelajaran sepanjang hayat agar mampu bersaing di peringkat antara bangsa.
3.2.4 Merancang memantau dan melaksana program bagi memupuk pembelajaran secara kadar kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri menggunakan ICT sebagai pengupaya supaya murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri
3.2.5 Merancang, memantau dan melaksana program bagi membimbing murid mengakses maklumat melalui pembelajaran ubiquitous (belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa) bagi tujuan melatih untuk mengumpul, memproses dan menghasilkan laporan terhadap maklumat tersebut.
3.2.6 Merancang, memantau dan melaksana program bagi Membimbing murid berkolaborasi bersama guru, rakan sekolah ataupun di luar negara menggunakan teknologi komunikasi dan media.
3.2.7 Merancang, memantau dan melaksana program Membimbing murid menggunakan sumber teknologi yang sedia ada disekolah untuk tujuan merancang strategi penyelesaian masalah dalam pembelajaran mereka.

4. Pengurusan Penarafan Sekolah Melalui Smart School Qualification Standards (SSQS)

4.1 Mengurus, menyelaras dan melaksanakan penarafan SSQS di sekolah.

4.2 Menyediakan laporan keputusan pencapaian SSQS di sekolah kepada pihak yang berkenaan.

4.3 Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program peningkatan budaya ICT di sekolah berdasarkan pencapaian keputusan SSQS semasa.

5. Am

5.1 Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti Pembestarian Sekolah kepada pihak yang berkenaan.

5.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

Mesyuarat Penyelarasan GPM Daerah Setiu BIL 1/2012


Pada 29 Januari 2012 yang lepas, PKG daerah Setiu telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan GPM Daerah Setiu BIL 1/2012 bertempat di BTPN TRG. Program bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Jumlah kehadiran GPM adalah seramai 52 orang dan 4 buah sekolah sahaja yang tidak hadir pada mesyuarat berkenaan. Ketua Unit UPSP turut hadir memberikan ucapan alu-aluan serta perkongsian maklumat mengenai tugas dan peranan GPM.

Senarai Tugas Guru Perpustakaan Media

http://images.all-free-download.com/images/graphicmedium/furniture_library_shelves_books_clip_art_23021.jpg 
Peranan Dan Tanggungjawab GPM


Peranan dan Tanggungjawab Guru Perpustakaan dan Media (GPM)


Peringkat             :      Sekolah Menengah dan Rendah
Jawatan               :      Guru Perpustakaan dan Media
Waktu bertugas  :     Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi  persekolahan.
   
A.    Pengajaran dan Pembelajaran
    1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran mengikut garis panduan dan tahap kebolehan murid.
    2. Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 6 - 8 waktu     seminggu.
    3. Merancang dan melaksanakan tugas yang berkaitan dengan     pengajaran dan pembelajaran.
B.    Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
    1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
    2. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program galakan membaca termasuk Program NILAM.
    3. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan literasi teknologi pendidikan.
    4. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah
    5. Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang  dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah.
    6. Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusan koleksi yang  komprehensif, seimbang dan kemaskini.
    7. Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat Sumber Sekolah melalui satu sistem pengesanan maklumat yang cekap dan berkesan melalui penggunaan carian maklumat secara berkomputer.
    8. Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti, mengesan dan menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan luar Pusat Sumber Sekolah.
    9. Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
    10. Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf     berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
    11. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan  pelbagai kaedah instruksional berasaskan sumber dan teknologi pendidikan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
    12. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran, penilaian dan penyampaian maklumat serta penghasilan media.
    13. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam merancang, mengajar, menilai pengajaran dan pembelajaran berkaitan kemahiran mengakses, mengguna dan mempersembahkan maklumat.
    14. Bekerjasama dengan Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT dalam memberi bantuan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi baru, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan maklumat dan penghasilan pelbagai media.
    15. Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti promosi berkaitan bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan maklumat  warga sekolah.
    16.  Mengurus dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan     Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.
    17. Menilai keberkesanan pelaksanaan program, perkhidmatan dan     penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
    18. Melaksana tugas semakan stok dan inventori koleksi dan peralatan     Pusat Sumber Sekolah.
    19. Menjalankan kajian / inovasi berkaitan peningkatan perkhidmatan dan     pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
    20. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan Pusat     Sumber Sekolah.
    21. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan,     Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan     Bahagian, Pusat Kegiatan Guru dan agensi berkaitan untuk     meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
    22.  Melaporkan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah kepada     Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Kegiatan Guru dan     Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.
C.    Penglibatan Profesional
  1.     Menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.
  2.     Menjadi pakar rujuk dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
  3.     Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi     pendidikan.
D.    Am
1.    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah     dari semasa ke semasa.

| LINK MENARIK |
MyGovmsc malaysia KPKT Portal Rasmi Kerajaan Terengganu Biro Pengaduan Awam

Sebarkan Maklumat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More