Showing posts with label laporinfo. Show all posts
Showing posts with label laporinfo. Show all posts

Hari Keluarga BTPN/PKG Terengganu 2012

Badan Kebajikan (BAKEP), BTPN Terengganu telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga 2012 yang diadakan di Pantai Peranginan Kelulut Marang, Terengganu. Majlis berlangsung pada 29 September 2012 dan bermula pada jam 8.30 pagi menerusi aktiviti pertama iaitu senamrobik.
Pelbagai acara sukaneka telah disediakan oleh pihak urusetia khususnya melibatkan penyertaan dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Tuan KPP juga turut sama menyertai sukaneka yang diadakan termasuklah hampir kesemua hadirin mengambil bahagian. Hadiah dan cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Alias bin Talib. Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program Hari Keluarga 2012 ini. Program berakhir pada jam 2.00 petang.

Pemantauan BTPN TRG (UPHPPKG) Ke PKG Langkap

 Pemantauan dari BTPN Terengganu merangkumi 2 aspek iaitu Penarafan PKG / ISO dan PSS PKG. Pegawai yang hadir ialah Tn Hj Akram @ Amir bin Abdul Majid dan En. Rufaifa bin Abdullah.

Tn Hj Akram @ Amir bin Abdul Majid membuat pemantauan dan terus memberikan input yang perlu dibuat penambahbaikan. 

 En Azwari bersama En. Rufaifa bin Abdullah bagi pemantauan ISO yang merangkumi Pemantauan ICT, PSS dan NILAM

Semasa proses pemantauan dijalankan..

LAPORAN PEMANTAUAN PEMBESTARIAN KE SK SUNGAI LEREK

PEMANTAUAN PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2012 KE SK SUNGAI LEREK.
Pertemuan pegawai BTPN, Tn. Hj. Wan Mohd Zuhaidi  Bin Wan Hassan dan Pn. Roshaliza Binti Wahab bersama guru besar SK Sungai Lerek, Wan Kuntom Binti Wan Abdullah. Turut hadir Staf Unit UPSP BTPN Pn Noraini Binti Embun dan pegawai PKG Langkap, En Azwari Che Mt Noor.

 Memantau penggunaan Pusat Akses Sekolah

Susunan yang menarik pusat akses sekolah

 Menyemak instruman pemantauan di perpustakaan sekolah

Semakan insruman IQPSS oleh Pn. Roshaliza Binti Wahab 

Menghantar laporan pemantauan kepada pentadbir..


PEMANTAUAN PEMBESTARIAN KE SK PAYONG BARU

Pada 26 Jun 2012, satu pemantauan pembestarian telah dilaksanakan ke SK Payong Baru..


Pertemuan pegawai BTPN, Tn. Hj. Wan Mohd Zuhaidi Bin Wan Hassan dan Pn. Roshaliza Binti Wahab bersama guru besar SK Payong Baru, Puan Rosiah Binti Muda. Turut hadir Staf Unit UPSP BTPN Pn Noraini Binti Embun dan pegawai PKG Langkap, En Azwari Che Mt Noor.

Pengisian instrumen pemantauan dilaksanakan setempat di pusat sumber sekolah 

Guru besar hadir sama dalam menjelaskan pengisian IQPSS 2012.

PK1, En Saudi dan EIO, EN Mohd Shahiran turut hadir dalam membantu pemantauan...

Ulasan keseluruhan pemantauan oleh Hj Wan Zuhaidi..

Taklimat dan Bengkel IQPSS & INILAM Sekolah Ahli Daerah Setiu


Pada 04 April 2012, PKG Daerah Setiu telah menganjurkan Taklimat dan Bengkel IQPSS & INILAM sekolah ahli. Bengkel ini dimulai dengan ucaptama dari wakil PPD Setiu, En Anuar Ishak. Bengkel ini dihadiri oleh guru penyelaras media sekolah. 

Posted by Picasa

Kursus Pengendalian Aplikasi Google Untuk Pasukan Pembinaan Modul PDP

Bengkel ini telah diadakan pada 28 Mac 2012 bertempat di PKG Durian Burong, Kuala Terengganu. Seramai 13 orang peserta terdiri daripada PTP BTPN dan PKG Negeri Terengganu. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Wan Mohd Mahdi bin Wan Khaldin, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Durian Burong dan diurusetiakan oleh Unit Promosi, Inovasi Dan Media (UPIM). Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pasukan pembina modul pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam penggunaan aplikasi Google. Semoga kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran setiap peserta.

Mesyuarat JKPA Bil. 1/2012 PKG Langkap

Pada 28 Feb 2012, satu mesyuarat JKPA PKG Langkap telah diadakan dengan jayanya...



Perjalanan sepanjang kursus penjilidan siri 1

Gambar siri 1
 






Posted using BlogPress from my iPad

Pemantauan Penggantian Makmal Komputer SK Merang, Permaisuri

Pada 30 Januari 2012, satu pemantauan penggantian makmal komputer telah dilaksanakan oleh pihak PKG Langkap bertempat di sekolah SK Merang.

Mesyuarat Penyelarasan GPM Daerah Setiu BIL 1/2012


Pada 29 Januari 2012 yang lepas, PKG daerah Setiu telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan GPM Daerah Setiu BIL 1/2012 bertempat di BTPN TRG. Program bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Jumlah kehadiran GPM adalah seramai 52 orang dan 4 buah sekolah sahaja yang tidak hadir pada mesyuarat berkenaan. Ketua Unit UPSP turut hadir memberikan ucapan alu-aluan serta perkongsian maklumat mengenai tugas dan peranan GPM.

Keputusan SSQS Zon PKG Langkap Bagi Tahun 2011


Dilampirkan keputusan Pengisian data SSQS Zon PKG Langkap bagi tahun 2011

SEKOLAH YANG BELUM MENGHANTAR LAPORAN KM1M DAN READ2011

Assalamualaikum..

Tuan/puan yang dihormati,

Berhubung dengan program KEM MEMBACA 1 MALAYSIA dan READ2011(bg sek yang terlibat sahaja), sukacita dimaklumkan sekolah perlu menghantar laporan perlaksanaan program tersebut kepada PKG LangkapSEBELUM 21 NOVEMBER 2011 dalam bentuk cetakan(disahkan oleh pengetua/guru besar) dan softcopy( email*/disket/CD).

Disini disertakan senarai sekolah yang belum menghantar laporan berkenaan untuk tindakan pihak tuan.

LAPORAN KM1M ( SMK BUKIT NENAS, SMK LANGKAP, SMK LEMBAH BIDONG, SMK PELONG, SMK SUNGAI TONG, SK BUKIT MUNDOK, SK CHALOK, SK KAMPUNG BARI, SK KG BUKIT, SK KAMPUNG FIKRI(ST), SK LEMBAH BIDONG, SK CHALOK BARAT, SK MERBAU MENYUSUT, SK PAYONG BARU, SK PELONG, SK SERI LANGKAP, SK SUNGAI LAS, SK SUNGAI TONG dan SK TAYOR )


LAPORAN READ2011 ( SMK BUKIT NENAS dan SK LEMBAH BIDONG )


Guru yang bertanggungjawab ialah Guru Penyelaras Media.

Laporan boleh dihantar menggunakan alamat email berikut : *Email: pkglangkap@gmail.com

Untuk makluman, telefon PKG Langkap tidak dapat digunakan hampir 3 bulan yang lepas sehingga sekarang kerana masalah kecurian wayar telefon. Sebarang masalah, sila hubungi En Azwari Che Mt Nor (0167791807) Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Langkap

Kursus Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk Pegawai Teknologi Pendidikan Terengganu

Kursus Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk Pegawai Teknologi Pendidikan BTP Terengganu telah diadakan pada 10 hingga 12 Oktober 2011 bertempat di Bukit Gambang Resort, Kuantan. Seramai 27 orang peserta telah terlibat dalam kursus berkenaan. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan fungsi dan penggunaa SPS yang akan diguna pakai diperingkat sekolah. Sebagai agen yang berperanan dalam melaksanakan program ini, Pegawai Teknologi Pendidikan adalah warga pertama yang perlu diberikan kemahiran bagaimana sisitem SPS berfungsi.

MAJLIS SERAHAN TUGAS PTP PKG LANGKAP




Pada 14 September 2011 telah berlangsung Majlis Serahan Tugas PTP I PKG Langkap iaitu Encik Mohd Nasaruddin bin Hussain yang telah bertukar ke SK Panchor sebagai GPK HEM. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan selaku Ketua Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, BTPN Terengganu. Serahan dibuat kepada PTP II iaitu Encik Nor Azwari bin Mt. Noor. Turut hadir sama adalah PTP BTPN Terengganu dan PTP PKG Permaisuri. Kami di PKG Langkap mengucapkan selamat maju jaya di tempat kerja yang baru kepada Encik Nasaruddin dan jutaan terima kasih kepada pegawai BTPN yang hadir pada majlis tersebut.

Laporan Bengkel IQPSS & INILAM Sekolah Ahli PKG Langkap

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9kWccCg4VMmTx5Vc0N7iFSHJixUYj2SUVRxJZadhI4inhGUjIZZYhuWJL_rdtsX3TGBPRqQCisJnPja24JzV9LDeicKM5F4mne7Bwugm-6EIU1A1bhic-unV77_wTatdx2nskFDbaT_rf/s720/pkgltrg-IQPSS-INILAM%252520%2525283%252529.JPG
Pada 25 Mei 2011, PKG Langkap telah mengadakan satu bengkel IQPSS & INILAM bagi sekolah ahli PKG Langkap yang berlansung di SK Sungai Tong.Pegawai Teknopen 2 Nor Azwari Che Mt NoorCompose telah memberi penerangan bagi bengkel yang  dihadiri oleh GPM seramai 28 orang. Namun begitu ada sebuah sekolah tidak menghantar guru GPM dan tindakan susulan telah diambil kepada sekolah berkenaan.



Hasil dari bengkel tersebut, berlaku peningkatan penghantaran data IQPSS dan INILAM secara mendadak. 14 buah sekolah telah siap menghantar laporan IQPSS dan sedang menunggu tindakan PKG. Selebihnya, dalam proses kemaskini dan akan menghantar laporan sebelum 12 Jun 2011.


Penerangan mengenai kepentingan mengisi maklumat dalam sistem INILAM memberi keyakinan untuk mengisi data dengan lebih baik dan cepat.

Status Penghantaran Data Maklumat Asas Peralatan ICT

Salam 1 Malaysia...

Pada tarikh 05/11/2011 PKG Langkap telah memuat naik ke web PPD Setiu dengan tajuk;
"MOHON PENGISIAN MAKLUMAT ASAS PERALATAN ICT SEKOLAH TERKINI"

Borang tersebut hendaklah dihantar sebelum 16 Mei 2011...

Sekolah yang telah mengisi adalah seperti berikut;
1. SMK Bukit Nenas
2. SMK Lembah Bidong
3. SK Payong Baru
4. SK Pak Ba
5. SK Sungai Tong
6. SK Bari Sg Tong
7. SK Langkap 

Diharap kepada sekolah yang belum mengisi borang, sila ambil tindakan segera bagi membantu kami  menentukan perbelanjaan / peruntukan ICT ke sekolah...

Sila daftar dan komen pada ruangan dibawah...

Bengkel fotografi dalam Pendidikan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiE73meIY-KBYUF80cL4fzrlPMbqH_id849yN3IMcbZ2mQpwqB9535nIsVpr9y56PgVp8KMCoC-Xi9Lo1nCsP1x_oKBvTRqWxWZmNKGPOy2DMz9gwqK4zWClJwUPnTWRmDiv2rRWBren6w4/
PKG Daerah Setiu telah menganjurkan satu bengkel kepada Unit Dokumentasi Daerah Setiu di Tasik Kenyir bermula pada 24 hingga 25 April baru-baru ini. Tujuan utama bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru mengendalikan kamera DSLR secara profesional seterusnya memberikan mutu yang terbaik kepada bahan dokumentasi yang dihasilkan nanti di peringkat sekolah.


LAPORAN RINGKAS BENGKEL

1. Tempat : Tasik Kenyir
2. Tarikh : 24 hingga 25 april 2011
3. Peserta : 18 orang guru daerah Setiu, 2 Pegawai PPD Setiu, 2 Pegawai PPD Besut, 5 Pegawai Teknopen.
4. Fasilitator : Cikgu Muliady dari SMK Lembah Bidong
5. Urusetia : Semua pegawai teknopen.

LAPORAN BERGAMBAR



| LINK MENARIK |
MyGovmsc malaysia KPKT Portal Rasmi Kerajaan Terengganu Biro Pengaduan Awam

Sebarkan Maklumat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More