Hari Keluarga BTPN/PKG Terengganu 2012

Badan Kebajikan (BAKEP), BTPN Terengganu telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga 2012 yang diadakan di Pantai Peranginan Kelulut Marang, Terengganu. Majlis berlangsung pada 29 September 2012 dan bermula pada jam 8.30 pagi menerusi aktiviti pertama iaitu senamrobik.
Pelbagai acara sukaneka telah disediakan oleh pihak urusetia khususnya melibatkan penyertaan dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Tuan KPP juga turut sama menyertai sukaneka yang diadakan termasuklah hampir kesemua hadirin mengambil bahagian. Hadiah dan cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Alias bin Talib. Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program Hari Keluarga 2012 ini. Program berakhir pada jam 2.00 petang.

0 comments:

Post a Comment

Sila hantarkan komen anda disini... Pastikan anda menjadi Ahli Kami dahulu untuk tujuan ini...

Note: only a member of this blog may post a comment.

| LINK MENARIK |
MyGovmsc malaysia KPKT Portal Rasmi Kerajaan Terengganu Biro Pengaduan Awam

Sebarkan Maklumat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More