Showing posts with label tekgpb. Show all posts
Showing posts with label tekgpb. Show all posts

KHIDMAT BANTU ICT

KHIDMAT BANTU ICT
SK KG FIKRI SG TONG

13 - 15 April telah diadakan satu khidmat bantu ICT iaitu Konfigurasi Rangkaian Internet di sekolah berkenaan. Khidmat bantu ini dilaksanakan untuk membolehkan seluruh kawasan sekolah boleh mengakses internet.

Khidmat bantu ini telah dilaksanakan  oleh PKG Langkap Aida(JTK PKG Langkap dan dibantu oleh Juruteknik Komputer sekolah zon PKG Langkap, iaitu Hakimi(JTK SK Chalok Barat), Safura (JTK SMK Chalok), Wani (JTK SK Sg Lerek), Farif (JTK SK Batu 29) dan Hafiz (JTK SK Sg Tong). 

BTPN Terengganu telah menyediakan UTP Kabel untuk menjayakan Projek ini. Terima Kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi kerjasama yang baik semasa projek ini dilaksanakan.
tidak lupa juga jasa - jasa serta ilmu yang telah dikongsi bersama antara Juruteknik -Juruteknik yang terlibat dengan adanya projek seperti ini.


PEMANTAU PKG KE SEKOLAH

PEMANTAUAN PKG KE SEKOLAH 2015

Pemantauan PKG ke sekolah telah bermula pada akhir bulan Mac dan dijangka berakhir pada bulan Mei ini. Diharap semua sekolah ahli PKG Langkap bersedia dengan menyediakan dokumen - dokumen yang diperlukan.

Terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberi kerjasama yang baik semasa pemantauan dilaksanakan.


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS BESTARI (GPB)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS BESTARI (GPB)
Peringkat : Sekolah Menengah dan Rendah
Jawatan : Guru Penyelaras Bestari (GPB)
Waktu bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu
bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi
persekolahan.
1. Pengajaran dan Pembelajaran
1.1 Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu
seminggu.
1.2 Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengajaran
dan pembelajaran berbantukan ICT di sekolah.
2. Pengurusan ICT Sekolah
2.1 Merancang dan menyelaras program bimbingan pengintegrasian
teknologi dalam pengajaran dengan kerjasama Guru Cemerlang di
sekolah.
2.2 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia
mata pelajaran untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di
sekolah bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2.3 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia
mata pelajaran untuk menyelaras pembekalan perisian-perisian
aplikasi pendidikan di sekolah berdasarkan keperluan bagi tujuan
pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.4 Mengurus dan menyelaras dan menyediakan akaun pengguna emel
bagi warga sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan pentadbiran sekolah.
2.5 Merancang, menyelaras dan mengurus dan menjadualkan
penyelenggaraan (corrective dan preventive) kemudahan ICT dan
perisian-perisian aplikasi pendidikan oleh Juruteknik Komputer serta
menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul dari semasa ke
semasa
2.6 Mengurus, memantau dan melaksana program bagi mempromosi
penyaluran maklumat berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu
sosial dan keselamatan data yang berkaitan dengan teknologi di
sekolah.
3. Khidmat Bantu Kepakaran ICT Sekolah
3.1 Pentadbir, Guru dan Staf
3.1.1 Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak
guna bagi guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif
dalam mengintegrasi ICT dalam P&P
3.1.2 Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak
guna bagi staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif
dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
3.1.3 Merancang dan menyediakan khidmat bantu di sekolah
sebagai pakar rujuk berkaitan teknologi pendidikan.untuk
tujuan pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran.
3.1.4 Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan
dan bimbingan untuk guru meningkatkan kemahiran abad ke-
21 dalam pembelajaran murid dengan mengintegrasikan ICT
melalui pengajaran dan pembelajaran.
3.1.5 Membantu guru dalam pembangunan objek pembelajaran
serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh
digunakan dalam pelbagai platform, seperti laman web,
pangkalan data, aplikasi interaktif, blog, wiki, laman
perkongsian video dan lain-lain untuk membantu guru
mengintegrasi ICT dalam P&P
3.1.6 Menjadi pakar rujuk dalam pembangunan bahan P&P
berasaskan ICT dan memberi khidmat kepakaran dalam
mengaplikasi penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk
proses P&P bagi mata pelajaran tertentu.
3.1.7 Mengurus dan melestarikan kolaborasi di antara murid dan
guru di dalam program pengantarabangsaan sekolah
melibatkan P&P.
3.2 Murid
3.2.1 Merancang dan menyediakan program yang sesuai bagi
mengalakkan murid untuk membaca, melihat, mendengar dan
bertindak balas dalam persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan melalui ICT.
3.2.2 Merancang, memantau dan melaksana program bagi mendidik
dan membimbing murid mengenai integriti, etika penggunaan,
isu-isu sosial dan keselamatan data dalam penggunaan ICT di
sekolah.
3.2.3 Merancang, memantau dan melaksana program bagi melatih
kemahiran ICT tambahan kepada murid Briged Bestari secara
berterusan.
3.2.3 Merancang, memantau dan melaksana program bagi
memupuk kemahiran pembelajaran abad ke-21 supaya murid
dapat membina kemahiran, ilmu dan sahsiah yang positif ke
arah penggunaan teknologi dalam pembelajaran sepanjang
hayat agar mampu bersaing di peringkat antara bangsa.
3.2.4 Merancang memantau dan melaksana program bagi memupuk
pembelajaran secara kadar kendiri, akses kendiri dan terarah
kendiri menggunakan ICT sebagai pengupaya supaya murid
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri
3.2.5 Merancang, memantau dan melaksana program bagi
membimbing murid mengakses maklumat melalui
pembelajaran ubiquitous (belajar di mana-mana dan pada
bila-bila masa) bagi tujuan melatih untuk mengumpul,
memproses dan menghasilkan laporan terhadap maklumat
tersebut.
3.2.6 Merancang, memantau dan melaksana program bagi
Membimbing murid berkolaborasi bersama guru, rakan
sekolah ataupun di luar negara menggunakan teknologi
komunikasi dan media.
3.2.7 Merancang, memantau dan melaksana program Membimbing
murid menggunakan sumber teknologi yang sedia ada di
sekolah untuk tujuan merancang strategi penyelesaian
masalah dalam pembelajaran mereka.
4. Pengurusan Penarafan Sekolah Melalui Smart School Qualification
Standards (SSQS)
4.1 Mengurus, menyelaras dan melaksanakan penarafan SSQS di
sekolah.
4.2 Menyediakan laporan keputusan pencapaian SSQS di sekolah kepada
pihak yang berkenaan.
4.3 Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program
peningkatan budaya ICT di sekolah berdasarkan pencapaian
keputusan SSQS semasa.
5. Am
5.1 Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti
Pembestarian Sekolah kepada pihak yang berkenaan.
5.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah
dari semasa ke semasa.

| LINK MENARIK |
MyGovmsc malaysia KPKT Portal Rasmi Kerajaan Terengganu Biro Pengaduan Awam

Sebarkan Maklumat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More