Pemilihan Pusat Sumber Sekolah Terbaik Peringkat Negeri Terengganu

[psss.JPG]
Tuan/puan yang dihormati..

Merujuk perkara diatas, sukacita dimaklumkan pemilihan /pemantauan PSS akan dilaksanakan bagi memilih PSS terbaik peringkat negeri Terengganu tahun 2011.

Anugerah PSS Terbaik akan diberikan sempena Karnival Pendidikan Terengganu dan dijangka akan berlangsung pada 18 Oktober 2011.

Mohon sekolah yang ingin menyertai pertandingan PSS terbaik menelefon kami di PKG Langkap sebelum
31 Ogos 2011.

Pihak PKG akan membantu sekolah yang ingin menyertai pertandingan tersebut....


Kerjasama, komitmen dan keprihatinan tuan/puan amat dihargai.

Sekian, Terima kasih.

BERSAMA MENANGANI CABARAN


NOR AZWARI CHE MT NOOR
Pegawai Teknopen II
PKG Langkap, Setiu, Terengganu

0 comments:

Post a Comment

Sila hantarkan komen anda disini... Pastikan anda menjadi Ahli Kami dahulu untuk tujuan ini...

Note: only a member of this blog may post a comment.

| LINK MENARIK |
MyGovmsc malaysia KPKT Portal Rasmi Kerajaan Terengganu Biro Pengaduan Awam

Sebarkan Maklumat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More