Peranan Dan Tanggungjawab GPM
Peranan dan Tanggungjawab Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
Peringkat             :      Sekolah Menengah dan Rendah
Jawatan               :      Guru Perpustakaan dan Media 
Waktu bertugas   :     Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi  persekolahan.A.    Pengajaran dan Pembelajaran
- Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran mengikut garis panduan dan tahap kebolehan murid.
 - Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 6 - 8 waktu seminggu.
 - Merancang dan melaksanakan tugas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
 
B.    Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
- Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
 - Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program galakan membaca termasuk Program NILAM.
 - Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan literasi teknologi pendidikan.
 - Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah
 - Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah.
 - Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
 - Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat Sumber Sekolah melalui satu sistem pengesanan maklumat yang cekap dan berkesan melalui penggunaan carian maklumat secara berkomputer.
 - Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti, mengesan dan menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan luar Pusat Sumber Sekolah.
 - Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
 - Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
 - Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan pelbagai kaedah instruksional berasaskan sumber dan teknologi pendidikan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
 - Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran, penilaian dan penyampaian maklumat serta penghasilan media.
 - Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam merancang, mengajar, menilai pengajaran dan pembelajaran berkaitan kemahiran mengakses, mengguna dan mempersembahkan maklumat.
 - Bekerjasama dengan Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT dalam memberi bantuan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi baru, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan maklumat dan penghasilan pelbagai media.
 - Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti promosi berkaitan bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan maklumat warga sekolah.
 - Mengurus dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.
 - Menilai keberkesanan pelaksanaan program, perkhidmatan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
 - Melaksana tugas semakan stok dan inventori koleksi dan peralatan Pusat Sumber Sekolah.
 - Menjalankan kajian / inovasi berkaitan peningkatan perkhidmatan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
 - Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
 - Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian, Pusat Kegiatan Guru dan agensi berkaitan untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
 - Melaporkan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah kepada Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Kegiatan Guru dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.
 
C.    Penglibatan Profesional
- Menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.
 - Menjadi pakar rujuk dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
 - Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi pendidikan.
 
D.    Am
1.    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah     dari semasa ke semasa.













0 comments:
Post a Comment
Sila hantarkan komen anda disini... Pastikan anda menjadi Ahli Kami dahulu untuk tujuan ini...
Note: only a member of this blog may post a comment.