Taklimat Pengisian Data SPPICTS Kali ke2 Bagi Tahun 2011

SPPICTS.gif

Satu taklimat SPPICTS telah dijalankan pada hari ini Isnin, 03 Oktober 2011 bertempat di Makmal Komputer SK Sungai Tong, Setiu, Terengganu. Taklimat ini bertujuan memberi penerangan tentang keperluan mengisi data SPPICTS bagi melaporkan tahap penggunaan ICT di sekolah masing-masing.

Taklimat ini dihadiri oleh Guru Penyelaras Bestari dan Guru Data sekolah. 

Setelah taklimat ini dijalankan, peratus pengisian data SPPICTS meningkat secara mendadak melebihi 50%.

Sekolah yang tidak hadir pada taklimat ini adalah seperti dibawah;

  1. SK Bukit Mundok
  2. SK Kampung Jaya
  3. SK Langkap
  4. SK Lembah Bidong
  5. SMK Bukit Nenas
  6. SMK Chalok
  7. SMK Langkap
  8. SMK Lembah bidong
Beberapa sekolah telah memaklumkan kepada kami sebab ketidakhadiran pada sesi taklimat ini. Apapun, kami berharap semua sekolah dapat mengisi maklumat SPPICTS sebelum 8 Oktober 2011.

| LINK MENARIK |
MyGovmsc malaysia KPKT Portal Rasmi Kerajaan Terengganu Biro Pengaduan Awam

Sebarkan Maklumat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More