Najib Razak : 30 tahun dalam politik/ Chamil Wariya.
ditulis oleh Chamil Wariya, Dato'
Buku ini adalah rakaman detik-detik penting yang telah dilalui oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak sepanjang tiga puluh tahun beliau berkecimpung dalam politik. Perjalanan ini bermula pada awal 1976 secara tidak dirancang berikutan kematian ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika itu Perdana Menteri Malaysia pada 14 Januari 1976. Najib, yang baru berusia 23 tahun waktu itu dianggap terlalu mentah untuk dunia politik. Beliau mengambilalih kedudukan Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan. Ada yang meramalkan oleh kerana beliau masuk politik menggunakan nama Razak, Najib mungkin tidak dapat bertahan lama. Ramalan itu terbukti salah. Sebaliknya Najib melangkah naik dalam dunia politik setapak demi setapak, bermula dengan pelantikannya sebagai Pengerusi Majuternak, kemudian Timbalan Menteri, Menteri Besar Pahang, Menteri dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri.
0 comments:
Post a Comment
Sila hantarkan komen anda disini... Pastikan anda menjadi Ahli Kami dahulu untuk tujuan ini...
Note: only a member of this blog may post a comment.