Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Setiu


Pemilihan Tokoh Nilam  
Peringkat Daerah Setiu


Pada 24 Feb 2014 telah diadakan satu program
 iaitu Tokoh Nilam Peringkat Daerah Setiu di PKG Langkap. 

Seramai 17 orang murid yang melibatkan diri dalam pemilihan ini iaitu seramai 10 orang dari sekolah rendah dan 7 orang dari sekolah menengah. Pemilihan ini telah Dihakimi mengikut kategori iaitu  kategori Bahasa Melayu ialah En Azaman (PKG Langkap) Dan En Ismail (PKG Permaisuri). manakala Bahasa Inggeris pula ialah Pn Azimah bt Dollah dari PPD Setiu dan En Mohd Khairidi dari SK Kuala Setiu.

Pelbagai Gelagak yang dapat dilihat semasa pemilihan ini dijalankan.


Pemilihan ini telah tamat pada jam 130 dan disambung dengan Majlis Penutupan  yang dirasmikan oleh wakil PPD Setiu iaitu  En Shamsol Rafizi Dari Unit Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan mengumumkan nama pemenang. Bagi kategori Bahasa Melayu  dimenangi oleh Nurul Fasilah Bt Mohd Zulkifli (Sek. Rendah) dari SK Saujana dan Fatin Nurshahirah Bt Adnan (Sek. Menengah) dari SMK Lembah Bidong. Bagi Kategori Bahasa Inggeris pula dimenangi oleh Nur Aleeya Qistina Bt Naiman (Sek. Rendah) dari SK Puterajaya dan Tengku Nurhazirah bt Tengku Azmi (Sek. Menengah) dari SMK Lembah Bidong.

Majlis telah tamat pada jam 3.00 petang dan semoga tahun hadapan akan lebih diberi sambutan daripada sekolah ahli Daerah Setiu.








0 comments:

Post a Comment

Sila hantarkan komen anda disini... Pastikan anda menjadi Ahli Kami dahulu untuk tujuan ini...

Note: only a member of this blog may post a comment.

| LINK MENARIK |
MyGovmsc malaysia KPKT Portal Rasmi Kerajaan Terengganu Biro Pengaduan Awam

Sebarkan Maklumat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More