Penyenggaraan ICT Sekolah 2013

Untuk makluman tuan/puan, pada tahun ini peruntukan penyenggaraan peralatan ICT hanya diturunkan kepada BTPN dan sekolah-sekolah berPTJ sahaja. Manakala ke PPD tiada diturunkan peruntukan berkenaan. Buat masa terkini peruntukan ke SBP dan sebahagian SM Teknik dan BTPN telah diturunkan peruntukan.



Sukacita dimaklumkan bahawa bagi peruntukan di bawah BTPN akan dibahagikan kepada 3 Zon Sebutharga/ 3 Syarikat iaitu;

1. Zon 1 (Besut & Setiu) diuruskan oleh Syarikat Permai Technology

2. Zon 2 (Kuala Terengganu,Hulu Terengganu & Marang) diuruskan oleh Syarikat Lieos Technology

3. Zon 3 (Dungun & Kemaman) diuruskan oleh Syarikat Azax Computer


Bersama ini disertakan senarai sekolah yang mendapat peruntukan penyenggaraan ICT 2013. Pihak PKG akan memantau pelaksanaan proses penyenggaraan dan semua syarat serta prosedur pelaksanaan adalah sama seperti pada tahun-tahun sebelum ini.  kerja-kerja penyenggaraan akan dilakukan mulai 9 Jun 2013 hingga 31 Julai 2013.

Diharap semua pihak yang terlibat dapat menyediakan borang - borang yang diperlukan untuk penyenggaraan ICT.

senarai sekolah yang mendapat penyenggaraan ict 2013:

1. SK FELDA CHALOK BARAT
2. SK BATU 29
3. SK CHALOK
4. SK LUBUK TERAS
5. SK KAMPUNG BUKIT
6. SK SUNGAI LAS
7. SK BUKIT MUNDOK

0 comments:

Post a Comment

Sila hantarkan komen anda disini... Pastikan anda menjadi Ahli Kami dahulu untuk tujuan ini...

Note: only a member of this blog may post a comment.

| LINK MENARIK |
MyGovmsc malaysia KPKT Portal Rasmi Kerajaan Terengganu Biro Pengaduan Awam

Sebarkan Maklumat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More